TAHNIAH..HARI ANUGERAH

 


                                     Dato Zainal Pengarah Jabatan Pembangunan,
                                            Perasmi Majlis

Minggu lepas teman pegi ke sekolah anak bongsu teman Muhammad Aizat Danial untuk menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Mujurlah dibuat pada hari cuti dapatle teman merasa nengok anak bongsu teman tu ngambik hadiah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan.


Semasa berucap Tuan Guru Besar menyarankan kepada semua parents supaya memberi kerjasama dalam menuingkatkan pencapaian sekolah tersebut. Seterusnya Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Dato' Zainal.


Selepas tu barulah penyampaian anugerah dimulakan.Anak bongsu teman pun dapat hadiah juga..tu yang beriya-iya beno ngajak teman pegi ke sekolah dia..Alhamdulillah didoakan semoga bertambah kejayaan di masa akan datang..amin

0 comments:

Newer Post Older Post Home