SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA..SELAMAT BERKORBAN



Salam..Esok 10 Zulhijjah, umat Islam di Negara kita Malaysia akan menyambut satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Iduladha atau disebut juga Hari Raya Qurban dan Hari raya Haji.


Teman nak ngucapkan Selamat Iduladha buat semua adik beradik teman dan seluruh sahabat handai taulan dan mereka yang menziarahi blog teman ni.


Hari raya  Iduladha tahun ni nampaknya teman beraya di Parit le..selalunya Hari Raya Iduladha ni teman beraya rumah mertua teman, tapi tahun ni mak mertua teman nak beraya di pondok lamanya di Jeram Kuala Selangor..so petang raya pertama baru teman balik ke Seberang Perak Insha Allah...





Idul Adha tahun ni nampaknya makin banyak orang buat korban..ada mesjid yang korban 6 ekor, ada yang 3 ekor, ada yang 4 ekor ...surau pun turut sama tidak mahu melepaskan peluang  melaksanakan ibadat ini..Alhamdulillah..bila kita dimurahkan rezeki oleh Allah berkorbanlah, mudah-mudahan bertambah murah rezeki dan mendapat keberkatan dari rezeki kta itu,  Insha Allah.. kepada mereka yang berkorban ini diucapkan selamat berkorban dan jika korban yang kita lakukan itu ikhlas kerana Allah, mudah-mudahan ibadat korban kita semua diterima oleh Yang Maha Esa.


0 comments:

Newer Post Older Post Home