MANGGIH LE PULAK



Baru ni teman balik kampung musim buah, sepupu teman suruh teman manjat pokok manggis untuk ambik buahnya..teman bagi tau sepupu teman tu..tak kan kamu tak ingat yang pokok manggis ini dari dulu lagi aku memang alergic ( tak boleh nak manjatnya) kerana terlalu menyayup pokonya.


Semasa kecil-kecil dulu,  teman tinggal di kampung bersama apak dan mak.Salah satu kesukaan aku juga masa tu ialah apabila masuk musim buah manggis. Kadang-kadang tu manggis ni timbul musimnya bersama dengan buah durian, langsat dan rambutan.

Di tepi rumah teman ada sepohon manggis (atau dikenali sebagai manggih)  yang biasanya berbuah lebat setiap musim. Biasanya pada bulan julai atau ogos. Pohon manggis ini sering menjadi rebutan teman adik beradik dan sepupu teman.


Yang jadi masalah nak ngambik buah manggis ni ialah teman ni tak berapa terer nak manjat pokok manggih ni..sebabpokok yang ni tinggi sikit..gayat komey oii..jadi teman banyak mengharapkan belas ihsan adik beradik teman dan sepupu teman untuk nolong ngambik kan buah manggih ni.

Ada lagi sepohon manggis di depan rumah teman terletak diseberang jalan raya, dekat jalan nak ke mesjid..yang tu pokoknya rendah sikit dan selalu teman berada di atas pokok tu menikmati kesedapan buah manggis tu. Sehujung mana pun akan teman capai. Badan teman yang kurus dan tangan teman yang agak panjang memungkinkan teman untuk mencapai buah yang dihujung pun.
 

Sekarang, pada berat badan 78 kg, lagile dah tak boleh mengerabat pokok tu, teman  sekadar memetik dari bawah, mana-mana yang boleh. Angan-angan untuk memanjat terpaksa teman pendam jauh di lubuk hati. Mungkin galah boleh menjadi penawar diri.

 
La ni manggis pun ada harga jual kat pasar..Kalau di Jepun boleh cecah sampai RM7 atau RM8 sebiji..cuba kome bayangkan..Satu lagi penemuan baru kulit manggis boleh juga dibuat losyen pencuci muka..untuk mencantikkan kulit muka.. 

0 comments:

Newer Post Older Post Home