KHENDURI KAHWIN PUN BERMULA



Biasale..apabila cuti sekolah bermula satu perkara yang sangat sinonim dengan cuti ni ialah khenduri kahwin.
Semalam..Ahad banyak khenduri kahwin..teman pun kena 4 jemputan dan kena pegi juga le..memandangkan rakan, kawan saudara yang buat khenduri tu...


Semalam teman pegi semua khenduri tu...dah tak lalu nak makan..tapi paling meriah khenduri rumah sepupu teman Nyah Nizal yang mengahwinkan anaknya di Taman Pengakalan Timah di Lahat. Setelah habih semua khenduri di Batu Gajah baru teman pegi ke rumah Sepupu teman ni..pegi dengan isteri teman dan bawak bersama adik pempuan teman ju dan emak teman...



Sampai di situ adik teman Bun ada sama, jadi rancakle teman bersembang dan ramai jugalah teman berjumpa denga sedara mara seperti Nyah Niza dan isterinya Nyah Nor, Yang Bada dengan Suaminya Abang  Liyas, Zira dengan NIna anak arwah Yong, Nyah Amah dan Kak Milah, Shafadil anak Arwah Nyah Ji dan ramai lagi.. masakan pun boleh tahan..yang bestnya tu boleh juga menjamah makanan pengantin..



Habih kehenduri pegi pulak ke Tesco Station 18 cari barang-barang dapur



Salam..selepas solat Hari Raya Iduladha ramai umat Islam yang melaksanakan  ibadat korban. Tak terkecuali juga masjid kampung teman di Parit turut melaksanakan ibadat korban. Selepas solat Hari Raya tumbanglah dua ekor lembu dan selepas Solat Jumaat tumbanglah dua ekor lagi..



Iduladha kali ini teman berkorban di Batu Gajah, jadi di Parit ni adik teman je yang berkorban...teman numpangle makan daging korban yang dimasak rendang dan sup.  Sup tulang daging lembu baru disembelih ni memang kaw..kalau makan banyak boleh penin kepala yang ada darah tinggi



Salam..Esok 10 Zulhijjah, umat Islam di Negara kita Malaysia akan menyambut satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Iduladha atau disebut juga Hari Raya Qurban dan Hari raya Haji.


Teman nak ngucapkan Selamat Iduladha buat semua adik beradik teman dan seluruh sahabat handai taulan dan mereka yang menziarahi blog teman ni.


Hari raya  Iduladha tahun ni nampaknya teman beraya di Parit le..selalunya Hari Raya Iduladha ni teman beraya rumah mertua teman, tapi tahun ni mak mertua teman nak beraya di pondok lamanya di Jeram Kuala Selangor..so petang raya pertama baru teman balik ke Seberang Perak Insha Allah...





Idul Adha tahun ni nampaknya makin banyak orang buat korban..ada mesjid yang korban 6 ekor, ada yang 3 ekor, ada yang 4 ekor ...surau pun turut sama tidak mahu melepaskan peluang  melaksanakan ibadat ini..Alhamdulillah..bila kita dimurahkan rezeki oleh Allah berkorbanlah, mudah-mudahan bertambah murah rezeki dan mendapat keberkatan dari rezeki kta itu,  Insha Allah.. kepada mereka yang berkorban ini diucapkan selamat berkorban dan jika korban yang kita lakukan itu ikhlas kerana Allah, mudah-mudahan ibadat korban kita semua diterima oleh Yang Maha Esa.


PANAS : TAK NAK TRY KE SEBIJI

SELAMAT BERCUTI PANJANG



Betapa gembiranya dan seronoknya apabila menjelangnya cuti sekolah. Cuti panjang pulak tu...Alhamdulillah banyaklah masa anak-anak teman yang 4 orang tu dengan umminya di rumah.. Teman je yang bekoje juga time deme cuti panjang ni..apa pun cuti-cuti jugak---buku jangan lupa.. 

Dicadangkan kepada semua adik beradik kalau ada kem-kem pelajaran, khemah ibadat, kem tahfiz , kem solat, kursus komputer ke  atau sebagainya dalam cuti ni..muh le kita pakat-pakat nganto anak kita ke sana..idak le deme main je dirumah, ataupun idak le deme ngadap tv atau ngadap game ps deme tu..paling tidak dapat juga nambahkan ilmu deme tu...kalau ada rezeki dan ada masa teringin juga nak berjalan ni..maklumle. selalunya teman bila cuti ni rajin juga berjalan cuti-cuti malaysia..






Musim-musim hujan ni juga jangan dibiyokan anak-anak kita ni main hujan..nanti demam..cerita pasai main hujan ni teringat teman masa kecik dulu cukup gemo main hujan ni..aje nye seronok kome..tak ada pulak riso kan demam masa tu...Apa pun selamat bercuti buat semua anak-anak teman dan anak-anak adik beradik teman.

TAHNIAH..HARI ANUGERAH

 


                                     Dato Zainal Pengarah Jabatan Pembangunan,
                                            Perasmi Majlis

Minggu lepas teman pegi ke sekolah anak bongsu teman Muhammad Aizat Danial untuk menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Mujurlah dibuat pada hari cuti dapatle teman merasa nengok anak bongsu teman tu ngambik hadiah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan.


Semasa berucap Tuan Guru Besar menyarankan kepada semua parents supaya memberi kerjasama dalam menuingkatkan pencapaian sekolah tersebut. Seterusnya Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Dato' Zainal.


Selepas tu barulah penyampaian anugerah dimulakan.Anak bongsu teman pun dapat hadiah juga..tu yang beriya-iya beno ngajak teman pegi ke sekolah dia..Alhamdulillah didoakan semoga bertambah kejayaan di masa akan datang..amin

TAHNIAH..CONGRATS..MABRUK 5A UPSR



Salam..tahniah,congrats,mabruk kepada semua pelajar yang menduduki UPSR tahun ini yang telah mendapat kejayaan 5A setelah keputusan peperiksaan UPSR diumumkan pagi tadi.


Tahniah untuk semua termasuk anak nomnbor dua teman Muhammad Amzar Hareez, Sepupunya anak adik pempuan teman Muhammad Azhan, anak Ucu teman yang la ni ada di Makkah Hammad Afnan, anak Acik Mi Muhammad Rafiq dan lain-lain. Syabas dan tahniah untuk semua dan semua ibubapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan mereka.


Syukur Alhamdulillah atas kejayaan yang dianugerahkan ini. Ini semua adalah anugerah Allah SWT..semoga akan bertambah lagi amal ibadat kita semua kepada Allah yang telah memberi kurniaan ini kepada kita...Bertambah kesyukuran kita kepada Nya yang akan ditambah lagi kebaikan dan nikmat tersebut Insha Allah..

Newer Posts Older Posts Home