Anak teman yang nombor dua tu..lepas dia habis UPSR ajak teman pegi pasar malam..dia tak kabo nak beli apa. Teman ingat nak beli makanan ke, minuman ke atau lain-lain senika yang boleh didapati di pasar malam tu. Rupa-rupanya dia nak beli kura-kura untuk nak dijadikan dia punya binatang peliharaan (pet). 



Teman ikut kan je..beli le dua ekor kura-kura supaya deme boleh berkawan ..idakle duduk dalam akuarium tu sekor-sekor dia je..Teman tanya pada Cina yang jual tu..dia kenal ke mana jantan, mana betina..sebab nya nak bagi deme tu hidup berpasang-pasangan..Cina tu kabo dia pun tak tahu mana satu jantan dan mana satu betina...teman pun bantaile beli dua ekor tak kira jantina..pasai dah tak tahu..


Sebelum balik beli dulu sayur kangkung untuk nak dibagi pada kura-kura dua ekor ni..bila balik anak teman ni pun apa lagi..kelam kabut nunjuk kat adik-adiknya yang lagi dua orang tu..excited beno deme nampaknya..


Sebelum ni pun anak-anak teman ni dah ada dua tiga ekor kura-kura tapi tak hidup..toys aje..agaknya dah jenuh main dengan yang tak hidup nak try pulak yang hidup..


Lepas sehari dua ni teman rasa memang ada sekor betina dan sekor jantan..pasai teman nengok yang sekor asyik ngejo yang sekor lagi ..bak kata P.Ramlee..kalau ada yang ngejo tu..itu le jantan dan yang lari tu betina..macam dala Filem Nujum Pak Belalang.


MANA satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh. Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas.
Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.

 
Rambut bersinar dengan kopi
Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.

 
Kopi singkir selulit
Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.
Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.

 
Buang sel kulit mati dengan kopi
Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.

 
Mata segar dengan teh
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.

 
Teh melegakan kaki yang penat
Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.

 
Teh sebagai rawatan wajah
Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.
Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.

 
Teh melegakan luka
Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.

 
Kulit kepala sihat dengan teh
Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.

Assalamualaikum warahmatullah....
mungkin ada yang teruja... mungkin ada yang akan berkata.. "comelnya... cutenya"... dan mungkin juga ada yang akan berkata... "eiii.. gelinya". :). Comel atau geli... mereka ini di cipta oleh Allah SWT. Mungkin apabila mereka melihat manusia.... itulah juga kata-kata yang mereka ucapkan. :).. Segalanya mungkin..
























KLiK U

Assalamualaikum...

 Ye ke berita ni...Menggemparkan negara!!! Keluar didada akhbar arus perdana tentang keajaiban ini, dan peristiwa yg berlaku di Pasir Mas adalah kemuncak kegemparan ini kerana melibatkan bepuluh2 sejadah yg berdiri.Mula-mula dulu sejadah solat sorang-sorang, pas tu solat berjemaah le pulak. Adakah ini suatu fenomena macam gempa bumi yg berlaku di Indonesia?

Bagi yg mempunyai sejadah kat rumah boleh try cuba buat. Adakah menjadi seperti gambar yg disertakan ini.



Mudah je kan nak bagi sejadah berdiri. anda buat dan anda panggil tv3 buat lapuran tentang sejadah berdiri. Glamour gitu, boleh masuk tv.

Pelik dan makin pelik, minda 1 malaysiakah ini? budak2 pun boleh buat.Benda yg boleh buat kat rumah,surau atau mana2 masjid pun nak hebohkan ke seluruh negara.Habis mufti pun kena bagi komen. Bab masjid besar tapi kosong dengan jamaah tak la pulak jadi isu utama. Bab berribu2 lemon anak tak berdosa dibuang dimerata2 tempat tak pulak berusaha sedaya mungkin untuk membendungnya berasaskan kekuasaan yg ada.. Jalan2 kearah memantapkan aqidah perlu ditingkatkan la supaya ada rasa Takwa dalam diri.

Kalu nak tengok yg pelik tapi menunjukkan kehebatan kekuasaan Allah tengoklah gambar ubi nie. Agak pelik. Tapi menawan gitu. Sedap kalu digoreng ni.





Subhanallah!!! Maha hebat ciptaan Allah dilangit dan dibumi serta apa jua yg ada diantara keduanya...Fikir-fikirkan

PERAK OH PERAK..










Salam buat semua..teman nak nulih hal bola pagi ni..teman ni  minat juga nak tahu cerita pasal bola ni..bukanlah makan bola, minum bola dan tidur pun bola..itu falsampah yang tak berapa elok ditiru tu..


Cerita pasal Piala Malaysia le dulu..Pasukan teman Perak Darul Ridzuan dah tersungkur pada first round lagi..nak pi quarter final pun tak mampu..liga malaysia pun dah tak dapat hadiah ..apalah Perak..bangkit yup..
 
Kalau dulu sebut je Perak..hebat kome..excellence..Mesti ada dalam senarai quarter final..kadang-kadang tu masuk final dan pernah jadi johan yup..macam tahun 99 ...tentu kome  masih  ingat nama Azizol Abu Haniffah, Idris Kadir, P.Ravindran (Kinta Express), Nidzam Azha, Jang Jung, Kyi Lwin dan banyak lagi nama lain yang seangkatan...



Selepas itu kita dengo pula nama Khalid Jamlus, Indra Putra Mahyuddin, K.Nanthakumar dan lain-lain lagi ..Pasukan Perak yang tahun ni nampaknya tak berapa ada star melainkan ada le Razali Kandasamy..yang lain tu tak ada nengor ceritenya pun..Agaknya kita ngarapkan pemain impot je kot untuk menang..macam Kedah juga..bila pemain impot dah tak ada..tak terpulun lagi deme..Teruk juga team perak ni..sama macam kerajaan negerinya kot..kelam kabut..tak habis-habis naik turun mahkamah




Apa pun Insha Allah, tahun depan boleh jadi bagus sikit kot.kuatkan latihan..jangan banyak sangat politik..bagi deme yang telah dilantik untuk terus menerajuinya..tak ada le kelam kabut team jadinya..KEJOR YUP KEJOR

GORENG CEMPEDAK LE PULAK






















" masak apa tu mak? tanya teman pada emak
jawab mak " tengah ngorin cempedak ni..karang apak kamu balik dari mesejid tak ada nak dikudapnya"
" sedaple tu..banyak ke mak ngorinnya..ada ke juga untuk keme?"
"ish..kamu ni takkanle tak ada pulak untuk kome..ini sekali le ni...


Teman bila nampak je buah cempedak, dalam kepala teman tak ada lain..goreng cempedak/ cucur cempedak atau bade cempedak..sedap kome kalau panas-panas..


Buah cempedak ni kalau makan mentah-mentah teman tak berapa berkenan, makan-makan juga tapi kalau dibuat gorin dah tentu licin sepinggan punya.


Teringat teman dulu apak teman ada juga kebun cempedak ni di Changkat Che Kohor, Adale beberapa pokok dan kadang-kadang tu boleh buat duit juga..boleh jual..Kalau tiba musim cempedak tu teman dengan mak temanle ngikut dia ke Changkat nak mawak balik buah tu..naik besikal je masa tu..Kalau yang dah tua tu boleh terus masak goreng pagi-pagi atau waktu petang. Yang masih muda tu boleh diperam dibawah pangkin bawah rumah teman..tutup dengan daun bemban supaya cepat masak..dan boleh dimakan.



Satu lagi nak cerita, biji buah cempedak ni juga boleh dimakan..tapi kena rebusle dulu..janngan makan macam tu je naya..tercekik kome..jenuh..rebus agak lama sikit bagi empuk..bila dah tanggal je kulit biji tu , itu tandanya dah boleh makan biji tu..sedap juga kome weh..tapi la ni rasanya budak-budak termasuk anak teman tak teringin deme nak makan biji cempedak ni, macam-macam junkfood yang deme boleh makan..masa teman kecik dulu usah cerita le nak makan junkfood ni tak ada merasanye..


Buah cempedak ni kalau kuat berangin jangan makan banyak..ada kawan teman tu makan 3 ulas pun dah sebu perutnya..berangin..

DURIAN + PULUT@ NASI & KUAH DURIAN






Bila musim durian ni teringat teman akan apak teman yang suka sangat makan durian dengan pulut dan santan. Deme panggil nasi durian walaupun makan dengan pulut. Masa teman kecik-kecik dulu, kalau musim durian je..ramai orang atau tokeh-tokeh durian buat khenduri makan nasi durian ni..kampung teman durian ni deme sebut doyan je ..atau kadang-kadang deme sebut deghoyan..
Kenduri durian ni biasanya dibuat dimasjid malam jumaat lepas majlis baca yasin, dirumah tokeh durian selalunya lepas asar dan kadang-kadang tuan kebun durian buat bawah pokok durian nak nampak lebih real lagi..selalunya dusun durian ni ada dango atau deme sebut jambo..disitulah dibuat kenduri tu..Nasi durian makan campur durian dengan pulut dan digaul dengan santan..rasanya..tryle sendiri..teman sampai hari ini kalau makan durian ni mesti dengan pulut santan..baru puas..kalau tak ada pulut boleh ganti nasi biasa dan kalau tak ada santan..boleh ganti dengan ayo garam je..pun sedap juga yup

Selain makan nasi durian ni..boleh juga dibuat kuah durian..kampung teman deme sebut tenguli..cicah kuah durian ni selalunya roti..kadang-kadang deme cicah dengan roti jala. Mak teman tu kadang-kadang buat tepek/lempeng tepung cicah kuah durian ni..kadang-kadang kalau dah tak ada apa makanan nak dicicah dalam kuah durian tu..boleh juga guna jari sebagai pencicahnya .. yang penting dapat rasa kuahnya tu..Ada kuah yang orang buat warna putih je..tapi mak teman suka buat taruh gula merah bagi dia coklat-coklat sikit baru terangkat..

.

UDANG GALAH..


Semalam teman nengok tv1, ada cerita pasai udang galah di Selama..terus teman teringatkan nangkap udang galah dengan apak teman dulu-dulu, masa teman kecik lagi.

Nangkap udang galah jaman hari tu senang je..pasai udang galah banyak..tak macam hari ini susah sikit nak nangkapnya..kalau nak senang beli aje kat market..tapi udang galah kat market tu tak berapa manis pasai deme bela..bukan tangkap kat sungai

Teman dengan apak teman dulu-dulu tahan bubu atau pengilo (dibuat dari dawai besi) di Sungai Perak atau di Kubang Aji..sekali turun senang-senang je berbelas ekor, besor-besor yup tak serupa kat market kecik-kecik, lepasle makan tengahari dan malam..tahan bubu atau pengilo ni umpannya nyor atau nasi je.. apak teman ngangkat bubu dan pengilo ni belah pagi dan petang..kadang-kadang boleh jual yup..lumayan juga..teman yang nulung apak teman ni kalau jual udang tu..konpem esok belanja sekolah lebih dari sekupang..upah nolong nemankan apak teman..


Udang galah ni biasanya mak teman masak gulai lemak atau masak merah sos..jilat sampai siku kome..naler reke..

Teman dengan adik teman kalau mak masak udang galah ni..dua pinggan dah tentu..kadang-kadang tu berebut nak yang besor je..

La ni..semua tu nostalgia sahaja..kalau teman teringin nak makan udang galah beli di market aje..tapi di market ni tak le besor udangnya macam yang ditangkap disungai. Kalau ikut cerita kawan teman..udang galah segar yang ditangkap dari sungai boleh didapati di Teluk Intan..tapi kena tau juga line nya kalau tidak melepas..pasai ramai orang cari..

ADIK BERADIK TEMAN..















Teman anak sulung.Isteri teman Siti Norfadzillah pun anak sulung.Anak teman 4 orang.Yang Sulung perempuan seorang Nur Ayuni Aufa lahir kat Teluk Intan 14 tahun, Muhammad Amzar Hareez Lahir kat Tawau sabah 12 tahun..baru abih Peksa UPSR,(mudah-mudahan dapat 5A) Muhammad Aiman faris lahir di T.Intan 10 tahun dan anak bongsu teman setakat inile..Muhammad Aizat danial lahir Ipoh.
















Adik pompuan teman sorang ni nama Zuriyah, Suaminya Onn@Azhari..tinggal deme ni di Desa Seri Bayu ..anak deme 5 orang semua lelaki..belum ada rezeki nak dapat pompuan..Azhan 12 tahun,Ammar 11 tahun, Afif 6 tahun, Adib 4 tahun dan Azfar 1 tahun lebih...Kerjaya Guru di SMIS Parit, suami di Padang Tenggala
















Adik teman no 3 Mohd Hasbullah.Isterinya Wan Razita..tinggal deme ni di Taman Batu Gajah Perdana..Anak 3 orang je setakat ini...Muhammad Syahmi Syakir 10 tahun, Muhammad Amsyar Harith 8 tahun dan Dini Wardah 5 tahun...Kerjaya berniaga Sendiri.















Adik teman no 4, Mohd Muzani..Isterinya
Azlin..deme menetap di Bandar U, Seri Iskandar..baru kahwin tahun lepas belum ada anak lagi ..nanti ada le tu.. Kerjaya di UITM Seri Iskandar, Isterinya di UTP














Adik teman no 5, Muhammad Mukhlis tengah nunggu mana dulu..sambung belajo ke atau koje ke..ikut dia ..kalau teman elok sambung belajo dulu..cari ilmu banyak-b
anyak..senang kendian
hari..

Adik teman no 6, Muhammad Aqeef tengah belajo lagi form six di Parit..nak periksa STPM tak lama lagi..belajo le betui-betui..kome dah senang banyak..kalau keme dulu tak merasa senang rope kome..nak beli buku pun perit..tapi adik teman ni siap ada moto lagi pegi sekolah..didoakan moga berjaya dalamSTPM

SEDAPNYA RENDANG


























Hari ini TEMAN sekeluarga pegi rumah Bun(adik teman) jamuan raya untuk adik beradik teman..Rendang ayam kampung kome...syahdu rasenya..sebenornya perut dah kenyang..dah pegi kenduri kawin, kenduri cukur jambul dan rumah terbuka reunion cikgu ditawau dulu..jamuan rumah adik teman ni rumah yang keempat..aduhai..sengkak perut kome..kenyang dibuatnya..tak lalu nak bangkit dah..perut dah kenyang tapi nengokkan ayam kampung tah tahan..sate, lemang, laksa, lontong pun ada..ajenye kenyang kome..Syukur Alhamdulillah nikmat tuhan untuk semua..

Dulu masa teman kecik-kecik, kalau hari raya mesti apak teman sembelih ayam kampung yang dia bela..temanle jenuh ngejor ayam tu keliling kampung nak nangkapnya..sembelih ni putus urat merih dan urat halkumnya..kalau tak putus salah satu..ayam tu susah nak mati..silap-silap tak merasa rendang ayam raya tahun tu..lepas sembelih..temanle dengan adik teman yang pempuan tu cabut bulunya...

Emak teman, kalau pasai rendang ni memang spesial..bila dekat nak masak tu..mak masukkan terung panjang atau bulat pasai apak teman gemo bebeno terung tu..samale teman pun gemo juga..ngikut apak teman..( jangan silap..terung tu nak makan dengan nasi bukan dengan lemang) ...lagi satu tang hati ayam tu selalu berebut..dengan adik-adik teman..la ni dah tak berapa suka sangat..tinggi kolestrol kata deme..

Kat rumah bun baru ni adik teman yang pempuan tu yang masih lagi gemo kan hati ayam tu..
Cadang nak nunggu mak teman..tapi deme lambat..ada kenduri di poh..teman balik dulule pasai nak ke ipoh pulak..ziarah mak mentua teman..

time kasih tuan rumah..didoakan murahle rezeki hendaknya..kalau buat makan-makan lagi jemput le teman..

TEMAN DAN ISTERI TEMAN















Teman nikah pada 14.11.1993..kenduri kawin 11.6.1994.Isteri teman Siti Norfadzillah orang Seberang Perak. Lepas kawin teman bawak isteri teman ke Sabah.Teman Ngajo di SMK Merotai Besar tawau Sabah. Siti (isteri teman) ngajo di SMK teknik Tawau..Duk Sabah nyewa Rumah Cikgu Hacho Daraman di Taman Ria 5..Lepas tu 1999 teman balik ke Semenanjung ngajo di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad..Siti ngajo di SM Teknik Seri Iskandar..lepas tu ngajo di SK Toh Indera Wangsa Ahmad Batu Gajah..Pindah dari Sabah nyewa rumah En.Mior (sekarang dah arwah) di Taman Bemban raya...Lepas tu Pindah rumah sendiri di 4808 Kg.Sentang Batu Gajah..













November 2007 Alhamdulillah teman ada rezeki menunaikan haji di Makkah dengan Siti teman..Mudah-mudahan Haji Mabrur
Januari 2008 teman kena koje pulak di Sektor Pend.Islam JPN Perak sebagai Pegawai Khas Dakwah..banyak pengalaman tu..(nanti cerita)
Ogos 2009 ditawarkan menjadi pensyarah di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng..best juga tu..naik DG sket...

Siti teman ni orang jawa..tapi tak pandai cakap jawa..Mak metua teman orang Jawa Sabak Bernam..Pak Mertua bekas Askar..dah meninggal tahun 2002..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Ruhnya...

JAMUAN LAGI...

Ada jamuan lagi esok ngan luse..muhle kome..orang melayu ( Islam )memang pemurah..suka berjamuan..jamuan kerana ada sebab atau hajat tertentu..

Esok jamuan rumah adik teman di batu gajah..jamuan hari raya katanya..jemput keluarga je..sambil-sambil makan, berborak hal keluarga, menyambung silaturrahim..Hadis Nabi SAW. Kalau nak panjang umur eratkan silaturrahim...






Lusa jamuan di rumah pak sedara teman (Ucu Ismail Shaari) di gelung pepuyu..katanya majlis doa selamat dan baca yasin untuk mendoakan keselamatan berangkat ke Tanah Suci Makkah..moga-moga dapat kemudahan semasa mengerjakan haji..dan paling penting dapat Haji Mabrur... Muh kome kita meriahkan

Newer Posts Older Posts Home